Tagline

Kolaborasi berita-berita pendidikan sekolah-sekolah kelompok
Pusat Kegiatan Guru Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Sunday, 1 July 2012

JELAJAH GUA TEMPURUNG MENCABAR FIZIKAL PELAJAR KELAB RAKAN MUDA SMK JABI


Pada bulan Mac yang lalu seramai 42 peserta Kelab Rakan Muda SMK Jabi telah merealisasikan program Jom Jelajah Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Program ini merupakan cabaran baru bagi guru pengiring dan peserta kerana belum pernah menjelajah gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia itu.
          Menurut Tuan Haji Wan Hasbullah Md Zain, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jabi, program ini sangat bermanfaat kepada pelajar kerana dapat membentuk jati diri setiap individu dan semangat kerjasama yang utuh dalam aktiviti kumpulan.
       Gua Tempurung dianggarkan berusia 40 juta tahun. Gua Tempurung juga adalah suatu rangkaian gua batu kapur dan marmar sepanjang 2 km. Ia antara gua yang tertua di dunia dipenuhi pelbagai bentuk stalagtite dan stalagmite yang berusia lebih 2 juta tahun.  Terdapat juga sungai yang mengalir deras di bawah tanah yang perlu dilalui untuk melepasi seberapa banyak gua-gua kecil dan terowong yang dipenuhi air dan stalagtite yang tercacak ke bawah hingga terpaksa merangkak dan meniarap. Ketika ini, Gua Tempurung adalah di bawah naungan PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak). Pengurusannya agak memuaskan kerana terdapat beberapa gerai makanan dan minuman, tandas dan bilik mandi (dikenakan bayaran), kawasan letak kereta dan bas yang luas, dengan pejabat mini serta pekerja-pekerja sepenuh masa yang menjadi tour guide.
      “Menuruni cerun licin yang hampir tegak setinggi 4 meter sangat mendebarkan. Kami terpaksa turun seorang demi seorang dengan dibantu guru dan rakan-rakan .Keadaan menjadi lebih mencabar apabila terpaksa masuk ke dalam lubang kecil untuk sampai ke terowong kecil yang mempunyai aliran air deras separuh badan apabila merangkak”ujar seorang peserta Mohammad Azrain Abd Ghani .
             Setelah 2 jam 30 minit menjelajah gua, peserta keluar dari gua dan membersihkan diri untuk terus ke destinasi kedua iaitu ke Perkampungan Orang asli di Cameron Highland untuk program khidmat sosial.Sambil beramah mesra dengan masyarakat orang asli, peserta mengedarkan gula –gula dan belon kepada kanak-kanak orang asli.
  Peserta program seterusnya bergerak ke Brincang untuk bermalam .Pada keesokan hari , para peserta dibawa melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highland seperti Mardi, ladang teh, dan ladang strawberry sebelum pulang .


  
      
           
      
            Pengalaman yang dilalui semasa program ini sangat berguna kepada peserta terutama dalam memupuk nilai empati sesama insan, dan prihatin terhadap alam ciptaan Tuhan.

Disediakan oleh:
Md Ridzuan bin shuib
Guru Penasihat
Kelab Rakan Muda
SMK Jabi

Monday, 14 May 2012

Bengkel Penataraan Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2012


Tarikh              : 2 Mei 2012 (Rabu)
Masa               : 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat            : Bilik Seminar PKG Pokok Sena
Anjuran           : JK Permuafakatan Aktiviti PKG Pokok Sena & PPD Kota Setar
Kehadiran       : 33 orang Guru BI Daerah Kota Setar

Kursus Pemantapan Teknikal dan Kemahiran Pengkomputeran untuk Juruteknik Komputer FT 17 Kelompok PKG Pokok Sena

Tarikh              : 24-26 APRIL 2012 (SELASA-KHAMIS)
Masa               : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat            : Bilik Mesyuarat PKG Pokok Sena
Anjuran           : PKG Pokok Sena
Kehadiran       : 8 orang

Bengkel Post Mortem UPSR 2012 bagi Pentadbir


Tarikh              : 8 Mei 2012 (Selasa)
Masa               : 08.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat            : Bilik Seminar PKG Pokok Sena
Anjuran           : JK Permuafakatan Aktiviti PKG Pokok Sena &
                         PPD Kota Setar
Kehadiran       : 42 orang pentadbir (GB &PK1)
Fasilitator       : En. Idris b. Ahmad - Pengetua SMK Jabi
                         En. Zaikimi b. Abdullah - Penolong PPD Sains/Mate
                         PPD Kota Setar

Selamat Hari Guru 2012


PROGRAM GALAKAN MEMBACA: PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT & BESTARI MINDA KELOMPOK PKG POKOK SENA 2012


Tarikh              : 30 April 2012 (Isnin)
Masa               : 02.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat            : SM Sains Pokok Sena
Anjuran           : JK GPM PKG Pokok Sena & PPD Kota Setar
Penglibatan    : 160 orang peserta
Perasmian Penutup oleh: En. Mohd. Radzif b. Ismail
                                        Penolong Pengarah, Unit PSP BTPN Kedah

AKTIVITI SK BUKIT HIJAU - APRIL 2012


  1.  Program Menggapai Bintang dan Penyerahan anak angkat kepada Mentor Mentee



    2. Pemeriksaan Mata oleh Jururawat dari Klinik Kesihatan Pokok Sena