Tagline

Kolaborasi berita-berita pendidikan sekolah-sekolah kelompok
Pusat Kegiatan Guru Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Wednesday, 25 April 2012

KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK PKG POKOK SENA 2012

Tarikh              : 29 MAC 2012

Tempat            : SK BUKIT TAMPOI

JOHAN: ?
NAIB JOHAN : SK LENGKUAS
KETIGA: ?





Wednesday, 4 April 2012

Program EDU-CITI TEL


Sekolah Kebangsaan Telok Jamat sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila tiga orang murid Tahun 5 telah menerima Tawaran kemasukan bagi Tahun Akademik 2012/2013 dalam Program EDU-CITI TEL yang terletak di bawah Koridor Utara Edu Citi-Tel ( Excellent Commitment Trust ). Murid-murid ini akan meneruskan pembelajaran mereka di sekolah terpilih di dalam program ini sehingga tamat pembelajaran rendah dan menengah mereka. Tahniah diucapkan kepada mereka iaitu Muhd Aizat bin Noor Azhar, Alif Najmi bin Abdul Aziz dan Mohd Irfan Nabil bin Roslizi. Muhd Aizat dan Irfan Nabil akan meneruskan pembelajaran dalam Tahun 5 sehingga Tahun 6 di SK Seri Indera, Kangar, Perlis manakala Alif Najmi di SK Putra, Kangar, Perlis bermula dari 26 Januari 2012.

Sumbangan MBSB



Pihak MBSB telah menunjukkan komitmen yang berterusan dalam membantu pihak sekolah SK Telok Jamat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik. Baru-baru ini pada 11 Januari 2012, bertempat di Pejabat SKTJ, MBSB telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah. Guru Besar SKTJ, Puan Zurina Yusoff yang menerima sumbangan dari Head of Service MBSB Alor Setar, En. Lean Choon Hoe  amat berbesar hati dengan sumbangan tersebut dan percaya melalui sejumlah wang yang diberikan itu akan dapat membantu pihak sekolah terutama guru-guru menjalankan berbagai program yang akan meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid SKTJ.

LATIHAN KEBAKARAN SK TELOK JAMAT


LATIHAN KEBAKARAN


HARI : Selasa
TARIKH : 20 MAC 2012
SASARAN: Murid Dan Semua Warga Sekolah

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH :
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
1. En. Abdul Rashid b. Mahmud
2.En.Che Hussin b. Saad

TENTATIF :

- loceng kecemasan dibunyikan
- pihak bomba memberikan penerangan tentang kebakaran
  dan tunjuk cara memadam api
- guru dan murid  juga diberi peluang memadamkan 
  api menggunakan alat pemadam api



1.PENDAHULUAN
       Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.

2.OBJEKTIF LATIHAN
1.  Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat  mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan   hingga keadaan diistihar selamat.
2.   Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti  yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3.  memberi  pendedahan mengenai Kebakaran  dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4.  Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah

3. OBJEKTIF KHUSUS :
1. Menyatakan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul
  2. Menyatakan pelbagai bentuk api ketika kebakaran dan alat  pemadam api permulaan yang sesuai digunakan dengannya.
  3. Menggunakan alat pemadam api kecil permulaan
 4.  Menerangkan tatacara  menyelamatkan diri ketika kebakaran



Lawatan Presiden PKG Malaysia - 1 Mac 2012


imag0883_800x479

imag0885_800x479

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke PKG Pokok Sena.
  1. En. Mohd. Sujang b. Ahmad Zaini - PKG Kalumpang
  2. Pn. Samsiah bt. Bugiman - PKG Manjoi
  3. En. Rosli b. Hashim - PKG Bukit Mertajam
  4. En. Mohd. Zarney Kaseh b. Ab. Hamid - PKG Simpang Empat
  5. En. Sukri b. Mat Akhir - PKG Hosba
  6. Pn. Noraini bt. Mohamad - PKG padang Serai

Tokoh Nilam Peringkat Negeri Kedah 2012


Tahniah diucapkan kepada adik IZYAN MUNIRAH BT. ABDUL RAHIM dari SK Pokok Sena kerana telah menjadi JOHAN Tokoh Nilam Peringkat Negeri Kedah 2012 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar yang telah berlansung pada 19-21 Mac 2012 di BTPN Kedah.

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Pokok Sena Kali 1/2012

dsc_3582_800x537

dsc_3570_800x537

dsc_3571_800x537
Tarikh              : 2 APRIL 2012 (ISNIN)
Masa               : 10.00 pagi
Tempat            : Bilik Seminar PKG Pokok Sena
Anjuran           : PKG Pokok sena
Kehadiran       : 26 orang Pengetua dan Guru Besar

Tahap Pembestarian Sekolah-sekolah Kelompok PKG Pokok Sena 2012

Kod Sekolah Nama Sekolah STAR RATING RANKING %
KBAB005 SK JABI 3 40
KBAB012 SK KG PAYA 3 44
KBA2015 SK LENGKUAS 3 45
KBAB013 SK KUBANG LERET 3 49
KBC2129 SJK(C) SOON CHENG 3 50
KBAB004 SK BUKIT TAMPOI 3 51
KBCB001 SJK(C) CHUNG HWA 3 51
KBCB002 SJK(C) TONG YUH 3 52
KBDB001 SJK(T) LADANG JABI 3 52
KEAB003 SMK BUKIT PAYONG 3 55
KBAB002 SK KAMPONG BUKIT 3 56
KEAB001 SMK JABI 3 56
KBAB003 SK KUALA LANJUT 3 57
KBAB007 SK TELAGA MAS 3 57
KBAB015 SK BUKIT PAK KIAU 3 57
KBA2084 SK BUKIT PINANG 3 59
KBAB008 SK TELUK JAMAT 3 59
KBAB010 SK BUKIT PAYONG 3 59
KBAB006 SK NAWA 4 60
KBAB009 SK TUALANG 4 60
KBAB011 SK BUKIT HIJAU 4 61
KEAB004 SMK POKOK SENA 2 4 61
KBAB014 SK POKOK SENA 4 62
KBAB001 SK WAN ABDUL SAMAD 4 73
KEEB001 SMK POKOK SENA 5 87
KEAB002 SM (SAINS) POKOK SENA 5 89