LATIHAN KEBAKARAN
HARI : Selasa
TARIKH : 20 MAC 2012
SASARAN: Murid Dan Semua Warga Sekolah
CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN OLEH :
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
1. En. Abdul Rashid b. Mahmud
2.En.Che Hussin b. Saad

TENTATIF :
- loceng kecemasan dibunyikan
- pihak bomba memberikan penerangan tentang kebakaran
dan tunjuk cara memadam api
- guru dan murid juga diberi peluang memadamkan
api menggunakan alat pemadam api

1.PENDAHULUAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa .Oleh yang demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.
2.OBJEKTIF LATIHAN
1. Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok jamat mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diistihar selamat.
2. Mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
3. memberi pendedahan mengenai Kebakaran dan cara-cara penggunakan peralatan pemadam api
4. Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Bomba dan pihak sekolah
3. OBJEKTIF KHUSUS :
1. Menyatakan bagaimana kebakaran boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul
2. Menyatakan pelbagai bentuk api ketika kebakaran dan alat pemadam api permulaan yang sesuai digunakan dengannya.
3. Menggunakan alat pemadam api kecil permulaan
4. Menerangkan tatacara menyelamatkan diri ketika kebakaran