Tagline

Kolaborasi berita-berita pendidikan sekolah-sekolah kelompok
Pusat Kegiatan Guru Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Wednesday, 4 April 2012

Program EDU-CITI TEL


Sekolah Kebangsaan Telok Jamat sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila tiga orang murid Tahun 5 telah menerima Tawaran kemasukan bagi Tahun Akademik 2012/2013 dalam Program EDU-CITI TEL yang terletak di bawah Koridor Utara Edu Citi-Tel ( Excellent Commitment Trust ). Murid-murid ini akan meneruskan pembelajaran mereka di sekolah terpilih di dalam program ini sehingga tamat pembelajaran rendah dan menengah mereka. Tahniah diucapkan kepada mereka iaitu Muhd Aizat bin Noor Azhar, Alif Najmi bin Abdul Aziz dan Mohd Irfan Nabil bin Roslizi. Muhd Aizat dan Irfan Nabil akan meneruskan pembelajaran dalam Tahun 5 sehingga Tahun 6 di SK Seri Indera, Kangar, Perlis manakala Alif Najmi di SK Putra, Kangar, Perlis bermula dari 26 Januari 2012.